RSS

About Rusuk Kiri Ku


Everything Happens For A Reasons. 
People Change So That You Can Learn To Let Go, 
Things Go Wrong So That You Appreciate Them When They're Right, 
You Believe Lies So You Eventually Learn To Trust No One But Yourself, 
And Sometimes Good Things Fall Apart So Better Things Can Fall Together . 






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Celoteh Makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setiap orang mesti de kesukaan tersendirikan. pe ek untuk aku?? haa aku semestinya suka makan!! ya aku memang suka makan tapi aku belum sampai tahap obes la..hehe mencuba pelbagai jenis makanan itulah matlamat aku..hehe maklumla orang bujang so makan la yang paling syok.. I wish that i can travel seluruh malaysia and makan yang best-best but still stay fit haa macam mustahilkan..haha asal mahu maka boleh jer..

Masa yang diberi ini hanya berada di kapit n beberapa tempat di sibu jer so pe lagi cari tempat makan yang best tapi agak terhad la sebab susah nak cari yang halal. Harga jangan sembang kalo nak test. so untuk info korang makanan yang paling aku suka mee kampua n roti canai goreng. haa lagi 1 aku suka kek lapis sibu (akak tu cakap dia buat sendiri,,terbaikk) bagi aku sedap la sebab aku tak rasa lagi yang ori. menurut orang sini kek lapis yang ori de kat kuching so my aim for kek lapis akan order berkotak-kotak di kuching untuk bawa pulang ke perak.

Think positif, Adios semua

Blanje gambo sikit


Roti Canai Goreng Kapit


Mee Kampua Special

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My mind my plan!

Assalamualaikum dan selamat petang ^_^


Yup ahad hari paling seronok selepas sabtu sebab yela dah namapon cutikan..hehe seperti manusia normal lain aku juga layan dan bergumbira bila hari ahad menjelma sebelum datang hari struggle bekerja. sepanjang tempoh aku berada di kapit banyak yang aku pelajari selain dari bahasa iban sendiri, aku juga belajar dari cikgu-cikgu berpengalaman berkaitan adab dan beramah mesra dengan komuniti yang ada. Percayalah kawan-kawan semua ulu yong bukan seperti yang anda gambarkan.

Minggu depan cuti lama sikit ngat plan nak p sibu sebab sibu barang murah. Yeahh shopping time (fuhh2 sabau). Papepon merancang adalah perkara yang sangat digalakkan bila anda berada di mana sekali pon ini kerana dengan merancang anda dapat mengaturkan slot-slot kehidupan yang anda mahukan, insyaAllah.

Think Positif, adios bro.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First Blog Kicker!!

Assalamualaikum dan selamat malam ^_^

Perjalanan ku sudah 24 tahun bermula cuma dalam dunia blogspot ni baru sahaja mula untuk berjinak-jinak. Blog ini dicipta kerana aku masa yang terluang agak berlebihan..hehe aku ditakdirkan Allah menjadi seorang pendidik yang mana pada 1 april telah ditugaskan di sekolah kebangsaan ulu yong, kapit, sarawak. Ya agak teruja, terkejut, gembira, dan macam-macam perasaan yang ada bila mula check result posting "tahniah anda di tempatkan di negeri sarawak". haha (gelak nak tenagkan diri T_T).

Untuk yang pertamanya penerimaan ibu ayah aku memang agak berat la yela jauh kot sarawak tapi aku cuba tenangkan mereka dan luangkan masa yang masih ada dengan mereka sebelum berkhidmat di sarawak, yup ini la tanggungjawab yang akan dan mesti aku pikul. Tempoh yang diberikan sebelum posting ada la dalam dua minggu lagi so aku gunakan dua minggu ni dengan memenuhi jadual ku dengan mereka yang bermakna dalam hidupku. Gembira dan sedih bila ada sahabat-sahabat yang mahu berjumpa untuk meluangkan masa sebelum aku fly ke sarawak, ada sahabat yang paling best dia ajak aku 'g' shah alam dan berlanja aku makan "pecal lele", ko memang best la faiz (len kali berlanja lagi ek..hehe).

Sebelum aku di postingkan aku sering berdoa supaya Allah kuatkan diriku, hatiku, fikiranku, dan tingkatkan kesabaranku dalam menempuh alam kehidupan di dunia ini dan hari ini Allah hantar aku berkhidmat di sarawak, ya aku redha dan sangat bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan. Actually sekolah aku cuma di katagorikan sebagai pedalaman P1 oleh itu aku patut bersyukur daripada kawan-kawan aku yang di tempatkan sekolah jenis P2 dan P3 ini kerana setiap peringkat pedalaman berbeza kesusahan yang dihadapi, Syukur, Alhamdulillah.

untuk mengulas berkaitan kehidupan yang seronok dan positif di ulu yong dan macam-macam lagi insyaAllah banyak lagi akan aku post dalam blog serba noob ni..hehe semoga apa yang aku kongsikan ini dapat meningkatkan iman kita dan sentiasa bersangka baik dan positif dalam apa jua perkara. insyaAllah

aku yang tabah dan kuat keranaNYA.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS