RSS

First Blog Kicker!!

Assalamualaikum dan selamat malam ^_^

Perjalanan ku sudah 24 tahun bermula cuma dalam dunia blogspot ni baru sahaja mula untuk berjinak-jinak. Blog ini dicipta kerana aku masa yang terluang agak berlebihan..hehe aku ditakdirkan Allah menjadi seorang pendidik yang mana pada 1 april telah ditugaskan di sekolah kebangsaan ulu yong, kapit, sarawak. Ya agak teruja, terkejut, gembira, dan macam-macam perasaan yang ada bila mula check result posting "tahniah anda di tempatkan di negeri sarawak". haha (gelak nak tenagkan diri T_T).

Untuk yang pertamanya penerimaan ibu ayah aku memang agak berat la yela jauh kot sarawak tapi aku cuba tenangkan mereka dan luangkan masa yang masih ada dengan mereka sebelum berkhidmat di sarawak, yup ini la tanggungjawab yang akan dan mesti aku pikul. Tempoh yang diberikan sebelum posting ada la dalam dua minggu lagi so aku gunakan dua minggu ni dengan memenuhi jadual ku dengan mereka yang bermakna dalam hidupku. Gembira dan sedih bila ada sahabat-sahabat yang mahu berjumpa untuk meluangkan masa sebelum aku fly ke sarawak, ada sahabat yang paling best dia ajak aku 'g' shah alam dan berlanja aku makan "pecal lele", ko memang best la faiz (len kali berlanja lagi ek..hehe).

Sebelum aku di postingkan aku sering berdoa supaya Allah kuatkan diriku, hatiku, fikiranku, dan tingkatkan kesabaranku dalam menempuh alam kehidupan di dunia ini dan hari ini Allah hantar aku berkhidmat di sarawak, ya aku redha dan sangat bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan. Actually sekolah aku cuma di katagorikan sebagai pedalaman P1 oleh itu aku patut bersyukur daripada kawan-kawan aku yang di tempatkan sekolah jenis P2 dan P3 ini kerana setiap peringkat pedalaman berbeza kesusahan yang dihadapi, Syukur, Alhamdulillah.

untuk mengulas berkaitan kehidupan yang seronok dan positif di ulu yong dan macam-macam lagi insyaAllah banyak lagi akan aku post dalam blog serba noob ni..hehe semoga apa yang aku kongsikan ini dapat meningkatkan iman kita dan sentiasa bersangka baik dan positif dalam apa jua perkara. insyaAllah

aku yang tabah dan kuat keranaNYA.

Assalamualaikum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment